Ahad, 5 Jun 2016

Indonesia (part 5)

Dah sampai part 5 dah kan. Kemain banyak sangat entry...hihihi. Penat menaip sebenarnya ni. Tak sabar plak nak habis kan cete pasal indonesia ni.

So hari ketiga kami di Bandung, kami dibawa oleh Pak Dady ke Farm House di Lembang. Farm House ni jauh sikit dari bandar bandung ni. So kalau nak pergi ke Farm House ni, boleh la sekali jalan nak ke Tangkuban perahu or Floating Market. Sebab tempat ni dekat2 situ je. Tapi kami tak pergi pun ke Tangkuban perahu dan floating market tu. Sebab masing2 tak berminat nak ke sana. So saya pun terpaksa la ikut. Walaupun dalam hati nak pergi tempat tu. Nak ke Farm House ni pun jauh jugak. Macam nak ke kawah putih je rasanya. Perjalan nak ke sana pun bengkang bengkok dan udara pun sejuk jugak. Maybe tempat ni terletak di atas bukit sama macam kawah putih.


Gambar ni je yang sempat amik

Bayaran masuk di Farm House ni IDR20,000 seorang. Lebih kurang RM6.00 je duit kita. Parking kalau tak silap IDR10,000. Murah je. Mula2 pening jugak nak tau macamana nak kira duit rupiah ni. Banyak sangat kosong2 nye. Last2 Pak Dady cakap, nak senang darab kan je dengan 3. So senang sikit la. Tempat ni cantik, sekali pandang dah macam rumah teletubbies pulak. Kata Pak Dady, tempat ni jugak di panggil dengan nama Rumah Hobbit. Ala..macam dalam cete The Lord of The Ring tu. Kan ada rumah macamtu. Comei2 je bentuknya. serius lawa tempat ni tuk bergambar.



First2 masuk nampak air terjun ni dulu

Selfie jangan lupa













Rumah Hobbit

Comel kan rumah ni





Cantik kawasan ni kan
Kawasan koboi...hahaha







Ingatkan kat Korea je ada kunci2 ni




Ada rabbit kat sini

Kandang kambing biri-biri

Masa beli tiket masuk tu, kita akan dapat 1 voucer setiap seorang. Voucher tu boleh tebus untuk minuman or makanan yang ada di situ. Samada nak tukar kan dengan susu or sosej. Kami disebabkan pergi beramai2, so memang banyak la dapat voucer tu. So bahagi-bahagi kan sapa nak amik susu, sapa nk amik sosej...hahaha. senang boleh merasa semua. Sosej dia sedap besar pulak tu. Tak tahu la sosej brand ape. Susu yang ada kat situ pun sedap. Ada banyak perasa, ada coklat, original dan strawberry. Kat dalam tu nanti kita boleh tengok cara diorang perah susu kambing.



Tempat untuk tebus voucher susu

Tempat untuk tebus voucher sosej.
Dua2 tempat ni dekat pintu masuk. So boleh tebus masa masuk or masa balik

Ariel berselera makan sosej...hahaha


Kalau sapa yang rajin dan suka bergambar untuk buat kenangan, kat sini juga boleh sewa baju yang ada disediakan kat dalam tu. Baju ala2 orang bangsawan dulu2. Ada gaun kembang2. Lawa. Minat jugak nak sewa, tapi macam segan pulak nak pakai baju macamtu n berjalan dalam kawasan tu....hahaha. Tapi tak sure pulak kadar sewa baju tu berapa. Dalam Farm House ni ada banyak kawasan. Ada kawasan ynag penuh dengan air terjun, ada kawasan yang penuh dengan sayur2 segar. Kat bahagian atas bumbung pulak kita boleh duduk bersantai sambil minum or borak2. Dari atas bumbung tu kita boleh tengok keseluruhan kawasan farm house ni.


Pemandangan dari atas bumbung










Dah puas bergambar, tiba masa ke next destination. Pak Dady tanya lagi samaada nak ke tangkuban perahu ke, jawapan yang sama still tak nak. Otw nak turun tu Pak Dady singgah ke kawasan kebun teh. Kata nya kalau nak bergambar boleh la turun. Tapi disebabkan kat malaysia pun dah ada kebun teh, so kami tak turun la. Kami ajak Pak Dady ke tempat lain pulak. Akhirnya Pak Dady bawa kami ke tempat pemprosesan kopi luwak. Kata Pak Dady kopi ni di perbuat dari najis musang. Really...boleh ke minum najis binatang. Halal ke??????

Sampai je kat kedai tu, kami disambut oleh pekerja disitu. Fuhhh...boleh tahan hensem jugak mamat ni...hahaha. Takde lah, gurau2 je. Tapi boleh tahan la. Sekali pandang macam muka mawi pun ada, tapi hensem lagi mamat ni. So dia la yang bagi penerangan kat kami macamana kopi luwak ni terhasil. Saya tak berapa dengar sangat penerangan yang dia bagi, sebab sibuk sangat bergambar kat tempat2 yang cantik kat dalam tu :-).


Pokok kopi dari najis musang

Najis musang

Najis musang dicuci hingga bersih. Sikit kan, sebab tu tak banyak stock

Najis musang di kering kan


Najis musang tadi di giling sampai jadi serbuk


Yang orang tu tunjuk tu, tu la najis musang.
Sebelah tu pulak carta pemakan musang untuk seminggu

Sibuk bagi penerangan lagi



Orang bagi peneranga, kami sibuk bergambar...hahaha




Ariel bergambar di pintu masuk kedai kopi luwak

Ayah orang pertama rasmikan kopi tu.
Mak aii pahitnya. Rasa macam kopi yang takde letak gula. Tapi lagi pahit.




Dari yang saya tau, asalnya kopi ni dari najis musang. Musang ni suka makan biji kopi. Bila dia makan, dan dia 'membuang', biji kopi yang dia makan tu tak hadam. Biji kopi tu elok je dalam najis musang tu. Still ada kulit macam biji kopi yang asal dari pokok tu jugak. So dari najis musang tu, diorang amik bijik kopi tu diorg basuh, jemur pastu giling semua dan diorang dapat kan serbuk kopi dari biji kopi dalam najis musang tu. So dari serbuk tu la terhasilnya kopi luwak ni. Dan kulit2 kopi yang diorang buang tadi tu, kalau tak silap diorang tanam balik tuk dapat kan pokok kopi yang baru. Start dari tu, diorang bagi musang ni makan biji kopi dari pokok tu. Dan bahan buangan dari musang2 tu diorang kumpul dan buat kopi. Kata nya bahan buangan atau najis dari musang ni banyak khasiatnya. Nak buat kopi dari najis musang ni pun memakan masa sebulan. Sebab tu lah kata pekerja disini, diorang tak de nak export kopi ni ke luar. Sebab nak hasilkan kopi ni makan masa dan produknya sikit sangat. Yelah nak tunggu musang tu berak pun dah amik masa kan. Sebab tu diorang jual kopi ni tak banyak. Setiap orang yang datang maximum boleh beli 1 atau 2 kotak je. Macam kami yang datang seramai 14 orang, dia cakap boleh beli dalam 10 kotak. Harga 1 kotak pun mahal kot. 1 kotak ada 15 sachet IDR500,000. Satu sachet tu kalau nak minum dalam RM15 satu tau. Di siap bagitau apa yang musang2 ni makan. Kebanyakkan nya memang musang ni makan buah2an dan sayur2 la. Dan makan utama musang ni adalah biji kopi.

Kata pekerja tu lagi, nak hasilkan baka musang ni pun ada cara. Katanya dalam satu kandang, akan diletakkan seekor musang jantan dan 4 ekor musang betina. Dalam 4 ekor musang betina tu, hanya satu je yang akan bunting. Kata pekerja tu lagi, musang jantan tu akan pilih musang betina yang wangi, cantik je untuk dia buntingkan...hahahahha. Dah macam manusia pulak main pilih2 ek. Yang best nya kopi luwak ni, dia tak ada tarikh luput. So kopi tu boleh simpan n minum sampai bila2. 1 sachet tu boleh minum 3,4 kali kata pekerja tu. Selagi serbuk dalam tu tak bertukar warna dan rasa, boleh je tambah air lagi untuk minum. Selesai je penerangan, ayah la orang pertama yang merasmikan  minum kopi tu. Risau jugak la samaada halal ke tak. Tapi pekerja tu siap tunjuk kan sijil dan logo halal yang diorang dapat. Siap ada gambar Dr Masitah dengan perdana menteri kita lagi rasmikan kopi luwak tu kat sana.

Bergambar dengan mawi Indonesia. Tapi yang ni lagi hensem kot :-)

Selesai berkopi, ayah pun beli lah jugak 1 kotak kopi ni. Yang lain tak beli pun. Mahal kot 1 kotak nak dekat RM300. Baik simpan tuk shopping baju nanti kan :-) Kawasan pemprosesan kopi luwak ni boleh dikatakan di pedalaman juga la. Sebab nak ke sini kena lalu lorong2 kecil kawasan rumah orang. Turun naik bukit. Gayat jugak nak lalu sini. Anjing2 pun banyak kat kawasan ni. Kata Pak Dady, anjing2 tu penduduk kat situ juga yang bela. Rata2 nya orang islam. Pelik jugak dengar nya. Pak Haji, Pak Imam kat situ pun bela anjing. Siap pegang2 macam kucing lagi. Memang la boleh disamak, tapi kalau sentiasa je pegang, larat ke nak samak je memanjang. Huuurmmmm!!!


Otw nak balik ni, terserempak pulak dengan budak2 sekolah kat sini. Rasa macam kelakar pun ada. Apa yang pernah saya tengok kat tv, dah dapat tengok depan mata. Tengok cara diorg berpakaian sekolah, berjalan ramai2 tepi2 jalan, rasa kelakar sangat.


Kata Pak Dady time diorang tengah tunggu bus nak ke sekolah


Masa ni masing2 tengah beli ape ntah kat tepi tu

Kebetulan masa kami datang kesini, sekolah2 kat sini tengah ambil pengambilan pelajar baru untuk masuk sekolah. Kalau di malaysia kan bulan disember baru amik pelajar baru kan. Di indonesia tak tentu kata Pak Dady. Sebab tu la keadaan sesak je bila lalu kat depan sekolah2 diorang ni. Dan kebetulan jugak time tu ada universiti yang tengah konvokesyen.

Sebelum balik, kami minta Pak Dady bawa kami makan dulu. Sebab masing2 dah kelaparan. So Pak Dady bawak kami makan di Restoran Belacan. Indonesia cuisine katanye. Boleh tahan makanan kat sini. Banyak menu yang ada, tak ada la jemu asyik makan nasi ayam penyet je kan. Siap ada live band lagi. Nama pun restoran kan, so harga pun taraf restoran jugak la hahahhaa.



Nasi goreng kampung 1 pinggan Rm19.00 duit malaysia
Tapi nasi dia banyak. Boleh share 2 orang 1 pinggan

Nasi kecur ayam bakar pun sama harga

Live band kat tingkat bawah

Menu

Decoration dalam restoran Belacan

Peace...amik picture family dulu

Yuhuuu....harus selfie bersama suami

Selepas makan, kami pun balik la ke hotel. Tapi ayah nak berjalan lagi. So yang mana nak balik hotel, Pak Dady hantar ke hotel. Yang mana tak nak balik, Pak Dady bawak pergi ke kedai jual seluar jeans murah2. I terpaksa ikut...hahaha. Anak tinggal ngan suami sebab suami nak balik hotel rehat.

Murah2 harga seluar jeans kat sini.
Boleh dapat dalam harga Rm60/70 ikut brand

Jeans brand Lee Cooper ada sale boleh dapat dalam hrga Rm60

*Kat mana2 tempat pun akan ada penjual ikut kita ek. So sentiasa jaga beg2 kita. Pastikan beg sentiasa berada didepan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan