Ahad, 5 Jun 2016

Indonesia (part 3)

Hi jumpa lagi, mood nak menulis dah ke laut, mata asyik ke tv je hahaha. Disebabkan nak habis kan cepat entry ke indonesia ni, terpaksa la teruskan menaip.

So lets start.......sampai je kami di bandung, Pak Dady cadang kan supaya kami terus ke pasar baru dulu. Memandangkan masa untuk kami checkin lambat lagi. Kami ikut je. Wah, kemain lagi, baru sampai nak terus shopping kan hahahhahha. Sebelum sampai ke pasar baru, Pak Dady bagitau kami yang dia dah suruh kawan dia siap2 tunggu kami kat sana. So kawan dia nanti akan bawak kami bershopping di dalam. Benda pertama yang kami tanya kat Pak Dady ialah, kena bayar ke kat kawan dia tu nanti. Kata Pak Dady, terpulang nak bagi berapa, seikhlas hati. Lega la sikit bila dengar Pak Dady cakap macamtu.

So sampai je di pasar baru, kami tengok kawan Pak Dady dah ada tunggu. Nama nya Ewan. Dia lah yang guide kami kat dalam tu. Dia bawak kami ke kedai yang ada menjual barang2 yang kami nak je. Mula2 kami suruh dia bawa kami ke kedai menjual telekung. Memang giler la tengok. Rasa nak je borong banyak2. Tapi bila fikir kan yang berat bagasi dan juga duit. Terus batalkan hasrat nak borong telekung. Yelah kami baru je sampai arini, ada 4 hari lagi kami disini, so kena la budget kan duit. Kang dibuatnye habis semua tuk shopping, nak makan ape nanti. Telekung bersulam boleh dapat dengan harga IDR150 ribu (RM45). Memang cantik2. Siap dapat beg sekali tau. Saya pun dapat beli 2 helai telekung je. Satu telekung sulam dan satu lagi telekung Siti Khadijah. Lagi 2 pasang kiriman dari kawan.

Lepas je beli, barang2 kami tu Ewan yang angkat kan dah dia simpankan di satu tempat. Kata nya masa nak balik nanti baru amik. So kami boleh la berjalan tengok barang2 yang lain dulu kan. Tempat seterusnya, kami ke tempat jual kain pasang. Macam biasa la kat bandung ni kain pasang sulam tu la yang femes kan. So saya beli la satu, sebab baju macamtu saya dah ada 2 pasang kat rumah. So tak nak la beli banyak2. Kain pasang sulam tu kat sana boleh dapat dalam harga RM30 sepasang. Cukup murah kan. Memang boleh habis duit kalau pergi sana tau. Jadik sawan sekejap.

Yelah, tengok itu nak, tengok yang ini nak. Barang murah2 pulak tu. Baju tshirt labuh2 dengan blouse pun baru RM15 sehelai tau. Saya borong beli 11 helai terus. Tak sedar dah terbeli banyak...hahhaa. Yelah pergi kedai pertama, nampak lawa je beli, jalan lagi nampak yang lawa beli lagi, jalan lagi beli lagi. Tengok2 dah 11 helai beli. Lepas dah beli tu la baru fikir muat ke tak beg nanti....hahahhaa. Kami di pasar baru sampai pukul 4 lebih. Masing2 dah penat, so amik keputusan nak balik n checkin je lah. So Ewan suruh kami tunggu dia di pintu masuk pasar baru tu sementara dia nak pergi amik balik barang2 yang dia simpan masa awal2 tadi. Yang bagusnya ada Ewan ni, barang2 yang kami beli semua dia yang bawakkan. Kami berlenggang je bawak badan. Lepas je beli, barang yang ada di tangan kami terus dia amik dan bawakkan. Senang kan.

Keadaan di pasar baru


Sessak di pasar baru masa kami sampai aritu. Kata Ewan masa ni time diorang cuti, so memang ramai yang datang sini tuk shopping. Kat sini beg duit kena jaga2 ek. Kata Ewan kat sini ramai yang suka mencuri. So kena hati2. Beg kalao boleh letak di bahagian depan. Dimana2 je akan ada orang datang tuk jual barang2 diorang. So kalau tak nak, tolak je dan cakap terima kasih. 



Selesai semua, kami pun pergi la kat van yang dah sedia menunggu kami. Sebagai upah, kami bagi si Ewan tu IDR100,000 sebagai upah sebab tolong bawakkan kami dan juga angkatkan barang2 kami tadi. Dan kami terus la ke tempat penginapan kami yang tak jauh dari pasar baru. Selesai urusan checkin, masing2 masuk bilik dan tertidur sampai ke malam. Malamnya kami amik keputusan untuk berehat je di bilik hotel, so Pak Dady tak payah la datang jemput kami untuk pergi melawat ke mana2 malam tu. Cuma malam tu kami nak cari makanan kena carik sendiri la. Jenuh jugak la mencari, last2 jumpa la nasi ayam penyet. Boleh tahan sedap jugak nasi tu. Kang tak makan kang lapar pulak kan. Sebab di bandung ni jarang nak jumpa kedai makan yang jual nasi goreng ke, burger ke. Yang ada pun bakso ngn nasi ayam penyet je banyak. Nak tak nak telan je la.....bagi sesiapayang plan nak duduk di bandung, pastikan kalau nk keluar beli makanan untuk malam, keluar sebelum pukul 8 ek. Sebab kebanyakkan kedai2 makan di bandung tutup pukul 9 malam. Dalam pukul 8 tu pun kebanyakkannya ada yang dah tutup. So kalau nak cari makanan, better keluar awal2 ek.


Hotel kami
Depan hotel ni ada kedai makan nasi ayam penyet. Sedap jugak nasi dia. Tapi kalau nak makan kena beli awal sebab kedai ni awal tutup dan servis dia lambat.

Bilik kami.




Bilik yang selesa. Servis pun cepat. Nak minta tolong apa2 pun cepat je datang ke bilik. Semua ada dalam bilik ni, kecuali seterika la. Tapi boleh minta kalau nak guna. Nanti diorang hantar ke bilik. Free je tau. Dan lagi satu, kat sini diorang akan kemas bilik kita hari2 tau. Mulanya tak tahu juga, tapi bila esoknya lepas balik berjalan, tengok2 bilik kami kemas je, sampah2 semua dah clear, tuala pun dah digantikan dengan yang baru. Bagus betul.





Toilet ni tak ada disediakan paip air kat bawah ye. So kalao ada anak kecik yang nak buang air besar, pandai2 la guna shower tu tuk membasuh ek....hihihii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan