Jumaat, 3 Jun 2016

Indonesia (part 1)

Alhamdulillah syukur kami sekeluarga telah selamat sampai ke KL pukul 9.35 malam pada 2 Jun 2016 aritu. Semua berjalan lancar semasa kami kat sana. Cuma anak-anak kakak dan adik saya je la yang meragam sikit masa di sana. Maybe belum biasa travel jauh-jauh.So sebelum terlupa apa yang nak diceritakan baik saya mula kan.

Berkumpul dulu sementara menunggu driver2 hantar kereta

Flight:
Seperti biasa flight memang saya dah booking awal. Tapi tak ada la awal sangat pun. Tak silap saya, saya booking bulan March. 2 bulan lebih sebelum nak travel. Alhamdulillah dapat tiket flight yang berbaloi2. Ikutkan plan asal nak turun ke Bandung. Tapi memandangkan harga tiket ke Bandung mahal, so kami amik keputusan untuk turun di Jakarta. Harga tiket ke Jakarta jauh lebih murah. So dapat la kami harga rm174.80 return. Murah kan……hihihi. Ok lah kan sebab rasanya tak lebih daripada budget kami.

Luggage Tag:
Pasal luggage tag ni, pada mulanya saya pening juga. Sebab baru dapat tau yang tag untuk luggage ni kena print sendiri. Mula lah gelabah masa tu. So pada sesiapa yang tak tahu cara, tak payah nak pening2 kepala macam saya ye…hihihihi. Senang je. Caranya, sampai je kat airport nanti, pergi je kat mesin kiosk yang ada kat situ. Kiosk yang macam nak print boarding pass tu. So pergi je kat sana dan touch skrin tu. Nanti akan ada keluar kat skrin samada nak “print boarding pass’’, ‘'scan barcode 2d’’ & ‘’print luggage tag’’. So klik je la kat bahagian luggage tag tu. Pastu ikut la step2 seterusnya. Dah settle,klik conform dan tag akan keluar kat tempat yang disediakan. So boleh terus la tampal kat luggage anda ye.


Tunggu masa nak checkin

Settle semua kami hanya tunggu masa untuk checkin. Memandangkan kami sampai di airport pukul  1.45a.m, so kami kena bertahan menunggu sampai kaunter bukak pukul 4a.m hahaha. Kebas punggung weh nak menunggu. Dah la tempat untuk menunggu terhad. Merata-rata dah ada orang ‘cop’ tuk tidur n duduk. Kami duduk je la bergelimpangan kat tepi2 kaunter tu je. So sampai masa untuk checkin, kami pun checkin. Alhamdulillah urusan semua berjalan lancar. So kami pun bergerak ke next step. Kami menuju ke gate L11. So kat sana boleh la kami relax2 dan baring2 sementara menunggu time boarding.

Menuju ke pintu Gate

Bergelimpangan sementara tunggu gate buka

Buka je gate kami pun menuju la ke dalam kabin. Dalam flight masing2 tidur je. Tau2 je dah sampai. Mana tak nya, masing2 berjaga dari pukul 9 malam sampi 4 pagi....hahaha.

Bersambung........

Indonesia (part 2)
Indonesia (part 3)
Indonesia (part 4)
Indonesia (part 5)
Indonesia (part 6)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan